Masalah diabetes atau kencing manis yang mula dikesan apabila ibu disahkan mengandung dikenali sebagai Gestational Diabetes.

Ianya terjadi apabila terdapat masalah kerintangan Insulin – sejenis hormon yang dihasilkan oleh badan manusia untuk mengawal atur kawalan paras gula di dalam darah, untuk memenuhi keperluan tubuh ketika mengandung.

Hasilnya, paras gula di dalam darah meningkat. Untuk kefahaman lanjut, jom kita kupas serba sedikit info tentang masalah ini.

Apa Itu Kencing Manis?

Kencing manis ialah satu kondisi yang melibatkan peningkatan kadar gula dalam darah. Pada kebiasaannya, keadaan Gestational Diabetes terjadi pada pertengahan ataupun pada lewat usia kandungan.

Keadaan Gestational Diabetes ini kerap berlaku. Kadar kebiasaannya, dalam 100 orang wanita mengandung, 18 orang akan menghidapi penyakit ini. Dalam erti kata lain, 18 % wanita mengandung akan ‘dihantui’ dengan masalah ini. Amat biasa bukan?

Apakah Risiko Saya Untuk Menghidapi Diabetes ketika hamil?

Anda berisiko tinggi menghidapi Gestational Diabetes ketika mengandung, jika anda mempunyai salah satu daripada faktor-faktor yang tertera di bawah:

  • Indeks Jisim Badan (BMI) adalah 30 ataupun lebih

  • Sejarah kelahiran bayi besar, melebihi 4 kg ataupun lebih

  • Sejarah kandungan yang mempunyai Diabetes ketika mengandung

  • Ibu bapa, adik-beradik yang juga mempunyai Diabetes

Apakah kesan Gestational Diabetes pada kehamilan saya?

Kebanyakan ibu yang menghidapi Diabetes ketika mengandung ini tidak mempunyai masalah sepanjang proses kehamilan dan rata-rata melahirkan bayi yang sihat dan comel, TETAPI terdapat segelintir kes Diabetes ini membawa masalah yang serius pada ibu dan juga bayi.

Lebih-lebih lagi jika Diabetis tidak dikesan awal dan dirawat dengan optimum. Jika ianya tidak dikawal sebelum dan semasa hamil, masalah-masalah seperti berikut mungkin berlaku kepada anda :

  •  Jika paras gula di dalam darah ibu kekal tinggi dan tidak terkawal, bayi akan memberikan respon kepada paras gula yang tinggi ini dengan menghasilkan lebih banyak insulin, di mana bayi anda akan membesar secara berlebihan di dalam rahim, seterusnya anda akan diminta untuk bersalin lebih awal daripada tarikh dijangka bersalin (induction), juga terdapat risiko berakhir dengan pembedahan caesaerean akibat daripada bayi besar ataupun kegagalan proses induksi (induction). Jika anda bersalin biasa pula, risiko bahu bayi tersangkut ketika kelahiran normal dan kecacatan saraf mungkin berlaku.

  • Anda mungkin mempunyai ketone didalam darah dan air kencing yang disebabkan oleh ketoasidosis. Ketoasidosis terjadi apabila gula dalam darah tidak dapat ditukar kepada tenaga, maka lemak digunakan sebagai sumber tenaga. Bahan sampingan penggunaan lemak ini ialah ketone dimana ia boleh menyebabkan kondisi yang agak serius.

  • Risiko kematian bayi di dalam rahim (in utero death) secara mengejut juga meningkat jika paras gula di dalam darah tidak dikawal.

  • Bayi anda yang menghasilkan lebihan hormon insulin tadi turut akan mengalami paras gula rendah selepas kelahiran. Maka, bayi anda perlu dimasukkan dalam wad rawatan rapi bayi untuk pemerhatian oleh pakar paediatrik.

  • Bayi yang dilahirkan oleh ibu yang mempunyai kencing manis juga mempunyai risiko menghidap kencing manis dan masalah kegemukan bila ianya meningkat dewasa kelak.

  • Risiko bayi terkena penyakit kuning meningkat.

Maka, ibu-ibu perlu mengawal paras gula di dalam darah dalam proses kehamilan dan proses kelahiran untuk mengurangkan risiko dan komplikasi pada ibu dan juga bayi anda.

Apakah Tanda-tanda Gestational Diabetes?

Gestational Diabetes boleh terjadi tanpa simptom yang jelas. Walaubagaimanapun, ujian air kencing dan darah semasa hamil boleh mengesahkan jika anda mempunyai kencing manis atau tidak.

Jika anda telah pun mempunyai kencing manis sebelum mengandung, anda akan mendapati ianya lebih sukar dikawal ketika hamil.

Jika anda mempunyai tanda-tanda berikut, sila berjumpa doktor dengan kadar segera.

  • Keletihan tanpa sebab

  • Kehilangan berat badan

  • Sentiasa dahaga

  • Kerap kencing

  • Makan dalam kuantiti yang banyak

Bolehkah saya buat sesuatu untuk mengelakkan Gestational Diabetes?

Anda boleh mengurangkan risiko menghidap gestational diabetes dengan cara:

  • Mengamalkan diet yang seimbang yang merangkumi karbohidrat daripada bijian penuh, protein tanpa lemak dan lemak yang sihat.

  • Bersenam bagi membantu mengawal tahap gula dalam darah. Banyak senaman yang selamat dilakukan semasa hamil seperti yoga, Pilates, berenang dan berjalan.

  • Mengawal peningkatan berat badan.

  • Berhenti merokok. Merokok membahayakan kesihatan bayi dalam kandungan dan meningkatkan risiko menghidap diabetes gestasi. Ini adalah sebab yang bagus untuk berhenti.

Bagaimana Gestational Diabetes Dicegah?

Dalam kebanyakan kes, anda boleh mengawalnya dengan mengubah diet anda dan selalu bersenam. Doktor anda akan menasihatkan anda mengenai cara-cara mengawal tahap gula dalam darah dengan cara:

  • mengamalkan diet seimbang yang sihat;

  • mengurangkan pengambilan makanan dan minuman bergula.

Jika berat badan anda berlebihan sebelum anda hamil, anda disarankan untuk mengurangkan pengambilan kalori anda dan melakukan senaman ringan sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari.

Doktor akan menerangkan bagaimana cara untuk memantau tahap gula dalam darah. Kemudian anda bolehlah memeriksa sama ada perubahan yang anda lakukan memberi kesan atau tidak.

Anda akan ditawarkan imbasan ultrasound tambahan untuk memeriksa tumbesaran bayi anda dan jumlah cecair amnion anda.

Di Shaklee, masalah Gestational Diabetes boleh dikawal dan dicegah dengan mengamalkan set lengkap kehamilan Shaklee. Apa yang terkandung didalam set ini?

  • ESP (Energising Soy Protein) : Glisemiks indeks rendah, dimana gula akan dilepaskan secara perlahan-lahan kedalam tubuh. Selamat untuk ibu yang menghidap kencing manis disamping dapat memberikan tenaga yang berpanjangan dan membantu mengawal selera makan.
  • B complex : Penting dalam metabolisme gula dan pembebasan tenaga kepada sel badan. Membekalkan kesemua 8jenis vitamin yang diperlukan termasuk Asid Folik untuk pembentukan saraf tunjang bayi.
  • VitaLea Iron Formula : Membekalkan 19 vitamin dan mineral lengkap untuk menyokong tumbesaran bayi dan kesihatan ibu hamil. Mengandungi zinc untuk membantu penghasilan insulin.
  • Ostematrix : Sumber kalsium, magnesium dan vitamin D yang dapat mengaktifkan pankreas untuk mengatasi masalah kencing manis. Membekalkan magnesium yang diperlukan oleh pesakit kencing manis(kurangnya magnesium antara punca kencing manis). Juga membekalkan 100% kalsium untuk menyokong pembentukan tulang dan gigi bayi serta kesihatan tulang ibu.
  • Sustained Release Vita-C Plus : Mencegah mendapan kolesterol dan lemak dalam arteri yang akan menyempitkan salur darah. Juga membantu penyerapan iron dari vitalea untuk mengelakkan masalah hb rendah dan anemia.
  • Garlic Complex : Membantu menstabilkan glukos didalam tubuh badan
  • OmegaGuard : Merendahkan kolesterol, membantu mengekalkan tahap kesihatan trigliserida, mengawal masalah obesiti, menstabilkan degupan jantung.

================================================================================

PENGALAMAN KENCING MANIS KETIKA HAMIL DENGAN SHAKLEE

 

Saya mula kesan GDM dalam 18 minggu lepas buat MGTT, ujian minum air gula..

Yang paling ketara sekali masa tu kerap sangat hypo… Gula memang turun dan naik dengan sangat ketara… Bila lambat makan.. cepat hypo.. Bacaan gula 3.. Pastu bila makan lebih sikit gula naik jadi 6-7+…

Pening juga dibuatnya…

Masa tu kebetulan start makan Omegaguard.. Tak fikir sebab GDM pun tapi untuk perkembangan bayi..

Lepas beberapa minggu makan Omega memang perasan perbezaan ketara..

Satu.. sangat kurang hypo.. Bangun pagi tidak kelaparan.. Gula dalam 4-5 macam tu..

Lepas makan pun gula tak naik tinggi.. Biasanya lepas makan pun range dia 5-6 gitu…Makan secara sederhana.. Tidaklah sikit sangat…

Yang paling ketara ialah.. Masa Omegaguard habis.. Masa tu duk bertangguh.. Malas nak beli cepat-cepat…

Tapi bila tak makan… Omega.. Gula terus jadi haywire semula..

Kerap hypo.. Almost setiap pagi.. Cepat lapar.. Pastu jadi nak makan banyak.. Gula pun mula naik.. 7-8

Masa tu baru betul-betul realise yang Omega memang really helps in controlling appetite and also control the blood sugar.. So cepat-cepat beli dan start makan balik 3 biji sehari hinggalah bersalin..

Satu lagi yang ketara ialah.. Memang tak banyak fat deposition during this pregnancy.. Perut nampak kecil.. Tapi bila scan baby size memang good and follow as expected.. Baby lahir 3.2kg alhamdulillah.. maknanya babyi tidak obese sepertimana jika blood sugar not well controlled. Alhamdulillah.. sebab tu yang jadi jatuh hati sangat dengan Omegaguard ni.. Sampai sekarang

Kisah hamil dengan GDM, Safiya.

Untuk manfaat orang lain

Untuk pengetahuan, saya ambil Full set (nanti ingat makan Omega je)

================================================================================

Jika anda mengalami masalah kencing manis atau Gestational Diabetes semasa hamil, dapatkan jalan penyelesaiannya dengan mendapatkan set Lengkap Kehamilan untuk kencing manis.

Dapatkan info lengkap dan konsultasi percuma, boleh hubungi saya seperti yang tertera berikut :

 

Pengedar Shaklee Terbaik Anda :

Siti Nor Adilah Binti Mustahal (Dila)

Shaklee ID : 897614

Email :

siti5524@gmail.com

Call / SMS / Whatsapp :

013-2584575

FB : Siti Nor Adilah Mustahal

 

Atasi Kencing Manis Semasa Hamil

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge