Semua orang ada masalah resdung, cuma yang membezakan sama ada resdung itu serius atau tidak sahaja. Ketahui punca dan cara merawatnya dengan berkesan.


Apa Itu Resdung?

Resdung adalah penyakit yang disebabkan oleh adanya inflamasi atau keradangan pada dinding sinus. Keradangan ini kerap disebabkan oleh jangkitan virus atau bakteria.

 

Punca Terjadinya Resdung

#Virus
Kebanyakan jangkitan ‘sinus’ bermula dari serangan selsema. Selsema pula berpunca daripada jangkitan virus selsema kepada individu yang menyebabkan tisu di dalam rongga hidung membengkak. Ini kemudiannya menutup rongga hidung dan menjadikannya tersumbat. Akibatnya cecair ‘sinus’ tidak dapat disingkirkan dan boleh menyebabkan resdung.

 

#Alahan
Sesetengah alahan akan menyebabkan pembengkakkan pada bahagian muka dan rongga ‘sinus’. Lalu mengakibatkan hidung tersumbat dan disertai dengan simptom-simptom resdung yang lain.

Ada penghidap resdung yang alahan dengan makanan laut seperti udang, sotong dan sebagainya. Debu, bulu binatang, makanan laut mahupun lipas; cuba kenal pasti apa yang menyebabkan hidung menjadi gatal-gatal, berair, bersin dan akhirnya mengundang resdung.


#Bakteria
Jika selsema tidak sembuh dalam 10 hingga 15 hari, ada kemungkinan besar bakteria telah masuk campur dalam peperangan melawan sistem pertahanan badan bersama virus. Jangkitan bakteria jarang menyebabkan jangkitan pada ‘sinus’ tetapi selalunya memburukkan lagi keadaan jangkitan sedia ada. Bakteria selalunya menjadi jangkitan kedua selepas virus.

 

#Polip Hidung
Polip hidung adalah kecil, ketumbuhan benigna yang membesar dari hidung atau tisu ‘sinus’. Ketumbuhan ini juga boleh menyebabkan saluran ‘sinus’ tersumbat lalu menghalang mukus dari keluar jika bengkak terlalu teruk. Ini akan mengakibatkan jangkitan ‘sinus’/resdung.

Polip Hidung – Polip di dalam rongga hidung akan menghalang laluan udara yang boleh menyebabkan sakit kepala. “Batu permata” kecil ini juga akan menghalang laluan udara yang boleh menyebabkan sakit kepala akibat kekurangan oksigen ke otak.

 

#Udara Tercemar dan Bahan Kimia
Bahan alahan dan pencermaran turut berada di dalam udara yang disedut setiap hari. Bahan kimia seperti di dalam bau minyak wangi yang kuat boleh menyebabkan kerengsangan pada sesetengah individu.

Menghidu udara yang kurang bersih boleh menyebabkan batuk, ketidakselesaan pada hidung dan menyebabkan keradangan yang sekaligus meningkatkan risiko kepada resdung; ini diakui oleh Dr Bains.

 

#Jangkitan Kulat (Fungi)
Jangkitan kulat adalah punca jangkitan pada ‘sinus’ yang paling jarang berlaku. Jangkitan kulat boleh berlaku pada individu yang sihat tetapi sering ditemui pada individu yang lemah sistem imunisasi diri.

Apabila sistem pertahanan diri rendah, fungi boleh hidup dan membesar lebih-lebih lagi di kawasan yang gelap dan lembab seperti di rongga ‘sinus’.

Kulat yang sering dikaitkan dengan resdung adalah Aspergillus. Bagi sesetengah individu, resdung kronik boleh berlaku akibat dari tindakbalas alahan terhadap kulat.

 

#Merokok
Seperti udara yang tercemar, rokok dan asap rokok juga boleh merengsakan hidung dan mengakibatkan keradangan. Ini mendedahkan lagi pada risiko jangkitan di dinding ‘sinus’.

Orang yang merokok sebenarnya dengan sengaja telah merosakkan sistem pembersihan hidung semula jadi dengan asap rokok yang disedutnya.

“Kotoran” dan “sampah” dari asap rokok akan terkumpul di dinding ‘sinus’ yang turut menyumbang kepada pembengkakkan dan penyumbatan saluran hidung terutamanya ketika selsema.

 

#Kekurangan Air/Udara Yang Kering
Apabila mukus terperangkap di dalam rongga hidung dalam jangka masa yang agak panjang, kandungan air akan tersejat lalu menyebabkan mukus semakin pekat. Hasilnya akan menyumbang kepada gejala resdung yang lebih teruk.

Penghidap resdung dinasihati untuk mengambil air kosong secukupnya setiap hari. Doktor biasanya menasihati pesakit untuk sentiasa memastikan kandungan air adalah cukup bagi mengawal kelembapan semulajadi di dalam rongga hidung dan ‘sinus’.

 

#Struktur Hidung yang Berbeza
Kes seperti ini jarang berlaku namun ada. Risiko untuk mendapat jangkitan ‘sinus’ adalah tinggi apabila seorang individu dilahirkan dengan keadaan struktur hidung dan ‘sinus’ yang berbeza dari normal atau dengan polip.

 

Tanda-tanda Resdung

Masalah resdung boleh dikesan jika anda mempunyai tanda-tanda seperti berikut :-

  1.  Pada awalnya akan muncul mukosa atau lendir berwarna kuning atau hijau daripada hidung.
  2. Wajah akan terasa berat dan sakit di sekitar dahi, mata, dan dagu, terutama apabila ditekan.
  3. Kerap bersin dan selsema.
  4.  Demam dengan suhu 38 ° Celsius atau lebih.
  5.  Sakit gigi dan Sakit kepala.
  6. Berkurangnya kemampuan dalam mencium sesuatu.
  7.  Hidung bernafas dan tersumbat.
  8.  Nafas bau.
  9.  Mata gatal.
  10.  Tidur mendengkur.
  11.  Rambut ada kelemumur.
  12.  Timbul jerawat.

 

Petua Cara Hilangkan Resdung Secara Tradisional

Berikut merupakan beberapa amalan dan tips yang anda boleh amalkan untuk merawat resdung di rumah.

  • Cara pertama dengan menggunakan cuka epal dan madu. Ambil tiga sudu makan cuka epal, masukkan ke dalam secawan air panas atau teh. Tambah limau dan madu secukupnya lalu minum tiga kali sehari.
  • Tahukah anda yang lidah buaya boleh dipakai untuk mengubati resdung? Ini disebabkan lidah buaya mengandungi sifat antiseptik. Caranya adalah dengan menitiskan lendir atau gel lidah buaya pada hidung. Agar lebih berkesan minumlah rebusan lidah buaya secara teratur.
  • Cara ketiga atasi resdung adalah dengan memampatkan bahagian pipi dengan air hangat. Mudah sahaja dengan basahkan tuala ke dalam air lalu perah airnya. Letakkan tuala untuk menutupi wajah Anda.
  • Minum air mineral dengan banyak juga dapat membantu merawat resdung. Air akan bekerja membantu mendorong lendir keluar dengan cara mencairkanya. Harus diingat elakkan minum alkohol, kafein, minuman, manis, dan jangan merokok. Semua zat pada minuman itu boleh menyebabkan lendir menebal dan menyumbat pada saluran pernafasan sehingga mencetuskan keradangan lebih teruk.
  • Rawat resdung dengan menggunakan limau nipis dan pandan. Anda harus sediakan 8 biji limau nipis dan 10 helai daun pandan yang dihiris halus-halus. Seterusnya perah buah limau hingga menghasilkan air limau yang banyak. Campurkan air perasan limau dengan daun pandan. Ramas daun pandan beberapa minit sehingga air berubah menjadi kehijauan. Tapiskan sampai tertinggal air saja. Basuh atau cuci muka terlebih dahulu. Basuhkan air tadi ke wajah Anda, elakkan terkena mata atau bibir. Tunggu wajah kering lalu sapukan lagi. Lakukan setiap 3 jam untuk hasil yang lebih baik. Selepas selesai cuci wajah anda dengan air biasa.

 

Cara Mencegah Resdung Melalui Suplement

Jika anda mangalami masalah resdung yang tidak kronik, anda boleh mencuba atasinya dengan mengamalkan suplement shaklee. Di Shaklee, kami mempunyai rangkaian produk yang dapat membantu mengatasi masalah resdung. Antara produk yang disarankan kepada anda ialah :-

 

# Alfalfa Complex

Alfalfa membantu dalam mengurangkan keradangan sakit (akibat resdung) itu sendiri. Kaya dengan sumber klorofil yang membantu mengurangkan tahap keradangan daripada alergi, gegata dan resdung. Namun begitu, bagi mereka yang menghidap penyakit SLE, mereka tidak digalakkan untuk mengambil alfalfa ini.

 

#B-Complex

B-Complex mengandungi B6 yang berperanan penting untuk memulihara selaput lendir agar kekal sihat (mengelakkan dari mengganggu saluran pernafasan) dan membantu penghasilan antibodi badan. Ia juga membantu dalam pembinaan protein dalam tubuh.

Ia juga dikenali sebagai anti-stress. Apabila resdung datang menyerang, B-Complex menjadi penstabil hormon/penenang semulajadi bagi mengurangkan kesakitan akibat kerdangan di bahagian muka. B-complex juga membantu hati menghasilkan glikolagen yang diperlukan oleh kulit untuk menyingkirkan sel-sel mati.

 

#Vitamin C

  • Vitamin C bertindak sebagai anti-oksida yang unggul dalam meningkatkan antibodi dan daya imun tubuh badan.
  • Bertindak sebagai anti-histamin  tanpa perlu kita mengalami side-effect akibat pengambilan drugs anti-histamin.
  • Vitamin c membantu menstabilkan pengeluaran histamin dalam tubuh badan.
  • Membantu mencegah penyempitan tiub bronkiol
  • Meningkatkan fungsi T-Cell dan Macrophage (fungsi sistem pertahan badan, sel darah putih).
  • Meningkatkan oksigenasi (oxygenation) pada tisu-tisu dalam tubuh badan
  • Mempercepatkan penyembuhan tisu

 

Testimoni Mereka Yang Menggunakan Suplement Shaklee Untuk Masalah Resdung

 

 

 

 

 

Jangan biarkan masalah resdung membelenggu hidup anda. Rawat segera kerana ianya boleh mengundang maut jika dibiarkan menjadi kronik.

Jika anda merupakan salah seorang dari penghidap resdung dan berminat untuk mendapatkan set kesihatan anda dengan harga menarik berserta konsultasi eksklusif secara PERCUMA, sila hubungi saya ditalian yang tertera di bawah :

 

Pengedar Shaklee Terbaik Anda :

Siti Nor Adilah Binti Mustahal (Dila)

Shaklee ID : 897614

Email :

siti5524@gmail.com

Call / SMS / Whatsapp :

013-2584575

FB : Siti Nor Adilah Mustahal

Atasi Masalah Resdung Secara Semulajadi
Tagged on:                     

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge