Mesti ramai ibu-ibu yang berpantang pernah merasai masalah susu tersumbat atau lebih dikenali bengkak susu kan? Hanya Allah je yang tahu macam mana rasa nya. Begitu juga dengan saya. Pengalaman kena bengkak susu @ saluran susu tersumbat semasa berpantang anak keempat adalah mimpi paling ngeri dalam hidup saya sepanjang bergelar ibu. Bayangkan dalam tempoh sebulan berpantang, 3kali saya diserang masalah itu sekali dengan pakej demam panas secara tiba-tiba.

Mujurlah tak lama saya menanggung sakit akibat bengkak susu tu. Ini kerana, jika masalah bengkak susu ini berlarutan lebih dari 12 jam, si ibu boleh hidapi demam sekaligus boleh mengakibatkan Mastitis.

Mastitis ialah keradangan akibat saluran susu tersumbat hingga menyebabkan rekahan di payudara dan diikuti dengan tanda-tanda seperti bengkak, sebahagian payudara mengeras, dan payudara menjadi merah.

Punca Bagaimana Saluran Susu Tersumbat

Kebanyakkan para ibu hairan kenapa bengkak susu masih terjadi sedangkan mereka telah menyusukan bayi secara kerap. Mungkin salah satu punca terjadinya bengkak susu ni adalah yang selalu kita amalkan. Antara penyebab bengkak susu ialah :

  1. Tidak mengosongkan payudara secara efektif oleh bayi semasa menyusu
  2. Salah cara lekapan semasa penyusuan
  3. Tidak mengepam mengikut masa yang ditetapkan (2-3jam sekali)
  4. Tidak cukup rehat, tidur, stress
  5. Tekanan di kawasan payudara akibat pemakaian bra yang mempunyai besi & terlalu ketat, salah posisi ketika tidur

 

Cara Atasi Saluran Tersumbat @ Bengkak Susu

Jika anda salah seorang yang sedang mengalami masalah saluran susu tersumbat, anda mungkin boleh mencuba beberapa langkah mudah untuk mengatasinya. Antara cara mudah itu ialah :

  1.  Kosongkan Payudara – sebaik-baik penawar bagi saluran susu tersumbat @ bengkak susu ini ialah bayi anda sendiri. Cuba susukan bayi anda sekerap yang mungkin walaupun anda terpaksa menahan rasa sakit yang teramat. Ini kerana, rasa sakit akibat bengkak susu itu akan sedikit berkurang apabila bayi anda mengosongkan payudara anda.
  2. Pam payudara secara berjadual – Cuba set kan masa pengepaman secara berjadual dan konsisten walaupun selepas anda menyusukan bayi anda. Antara jarak masa terbaik untuk sesi pengepaman adalah 2-3jam sekali.
  3. Tuam Payudara – Jika anda mula merasai tanda-tanda berlakunya bengkak susu, anda boleh cuba lekapkan tuala yang direndam dalam air suam agar haba tersebut dapat mencairkan susu yang mula membeku.
  4. Pelbagaikan Posisi Penyusuan – Anda boleh pelbagaikan posisi ketika menyusukan bayi. Antaranya posisi duduk, posisi berbaring, mengiring ataupun menyusu secara serentak (tandem nursing).
  5. Rehat yang cukup – Umum mengetahui ibu berpantang dan menyusukan bayi amat perlukan rehat dan tidur yang cukup. Mungkin dengan pam sedikit susu sebagai bekalan supaya suami atau ibu kita dapat susukan anak kita semasa kita tidur.
  6. Pakai bra menyusu yang sesuai – Pilihlah bra menyusu yang sesuai dengan payudara anda dan elakkan untuk memakai bra yang mempunyai besi. Jika boleh, beli saiz lebih satu dari saiz sebenar. Sebagai contoh, jika saiz anda adalah 34, beli saiz 36 untuk memberi ruang payudara mengembang.

 

LECITHIN – Pengimulsi Lemak & BFF Ibu Menyusu

Kolina merupakan satu komponen asetilkolina neurotransmiter yang terlibat dalam penghantaran mesej ke otak dan sistem saraf. Ia bertindak menjaga lemak dan minyak secara semulajadi dan bertindak sebagai pengemulsi (emulsifier). Ia juga membantu untuk mengapung dan menghalang lemak melekat pada dinding membran. Lecithin adalah fosfolipid yang mempunyai unsur hidrofobik (pertalian antara lemak dan minyak) dan unsur hidrofilik (pertalian untuk air). Yang menariknya, soya lecithin merupakan sumber utama kolina.

Lecithin Shaklee diperolehi secara semulajadi daripada kacang soya. Setiap kapsul lembut menyumbang 530mg lecithin. Pakar penyusuan menyarankan pengambilan sebanyak 3,600-4,800mg lecithin sehari untuk membantu masalah susu tersumbat.

 

Adakah Lecithin Shaklee betul-betul Selamat dan Berkesan?

 

 

 

 

 

Selain pengambilan Lecithin untuk membantu masalah bengkak susu, anda juga boleh mencuba pengambilan set bersalin Shaklee bagi membantu mengekalkan tahap kesihatan dan kecergasan anda semasa tempoh berpantang.

Bagaimana untuk mendapatkan Lecithin Shaklee ini?

Anda boleh mendapatkannya dari saya kerana saya merupakan salah seorang pengedar shaklee Malaysia. Pesanan anda akan dihantar melalui Pos Laju ataupun Gdex. Jika anda berada di Klang meliputi kawasan Kapar, Sg Kapar, Meru, Bandar Baru Klang, Bandar Sultan Suleiman ataupun kawasan Setia Alam, saya ada menyediakan khidmat Cash on Delivery (COD).

Kenapa memilih saya? Kerana setiap pembelian melalui saya, akan layak untuk mendapatkan khidmat konsultasi yang berterusan secara percuma disamping mendapat khidmat nasihat berkaitan penggunaan produk Shaklee.

 

 

Sebarang pertanyaan boleh hubungi saya

Pengedar Shaklee Terbaik Anda

Siti Nor Adilah Binti Mustahal (Dila)

Shaklee ID : 897614

Email :

siti5524@gmail.com

Call / SMS / Whatsapp :

013-2584575

FB : Siti Nor Adilah Mustahal

 

 

 

Cara Atasi Saluran Susu Tersumbat Dengan Segera Untuk Elakkan Mastitis

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge