Hamil dan sembelit memang tidak dapat dipisahkan. Asal hamil mesti sembelit, asal sembelit mesti ketika hamil. Amat mengerikan dan menggerunkan bagi para ibu setiap kali hamil apabila mendengar perkataan sembelit. Seolah-olah belati tajam yang akan meracik-racik lumat tubuh badan.

Saya sendiri pernah mengalami masalah sembelit ketika mengandungkan anak pertama saya. Yang paling tak best nya apabila masalah sembelit ini turut terjadi ketika berpantang. Ya Allah, rasanya macam taknak langsung makan apa-apa sebab takut sembelit. Pernah jugak la saya sembelit sampai keluar darah. Alhamdulillah ketika mengandung kali kedua dan ketiga saya jarang-jarang kena sembelit ni.

Tetapi tahukah anda apakah punca terjadinya sembelit ketika hamil? Mesti ramai ibu-ibu hamil kat luar sana yang nak tahu penyebab terjadinya sembelit ni. Dibawah ni ada beberapa punca @ penyebab sembelit itu terjadi.

 

Punca Terjadinya Sembelit

1. Kurangnya minum air masak

2. Kurang pengambilan makanan yang tinggi serat

3. Kurang pergerakan aktif @ senaman

4. Pertambahan hormon progesteron

5. Tekanan pada usus akibat pertambahan saiz perut akibat tumbesaran bayi

 

Bagi ibu-ibu yang pertama kali hamil dan mengalami masalah sembelit ini, mesti ianya menjadi satu kenangan pahit dalam hidup anda. Rasa takut dan serik untuk hamil lagi. Tetapi jangan risau, setiap masalah ada penyelesaiannya. Setiap penyakit ada ubatnya kecuali mati.

Bila kita dah tahu serba sedikit punca berlakunya sembelit ni, dari situ kita boleh agak apakah jalan penyelesaian untuk masalah sembelit ini. Betul tak?

Jom kita tengok apakah caranya.

 

Cara untuk elakkan terjadinya sembelit

#1. Minum air masak Рibu hamil sangat-sangat digalakkan untuk minum air masak sekurang-kurangnya 3liter sehari. Bukan sahaja bagi ibu hamil tetapi kita yang tidak hamil pon memang disarankan begitu kan.  Jangan risau jika anda perlu berulang-alik ke bilik air kerana itu tandanya bahan kumuh dalam badan kita berjaya disingkirkan.

#2. Makanan tinggi serat – selain pengambilan air masak yang cukup, ibu hamil juga digalakkan untuk mengambil makanan yang tinggi serat dan mengandungi fiber. Ini kerana serat mampu menyerap air dan menjadikan najis lembut dan mudah disalurkan keluar melalui dubur (rektum).

#3. Lakukan pergerakan yang aktif – Jangan bagi alasan ibu hamil tidak boleh bergerak aktif ye. Pergerakan yang aktif boleh membantu melancarkan proses peredaran darah didalam tubuh. Ibu hamil disarankan untuk melakukan senaman khas semasa hamil. Jika liat sangat untuk bersenam, lakukan aktiviti didalam rumah yang tidak begitu membebankan kandungan anda.

#4. Pengambilan makanan tambahan -Kebiasaannya, ibu-ibu hamil akan diberikan makanan tambahan @ suplemen oleh doktor semasa pemeriksaaan antenatal seperti obimin. Tetapi jika berlebihan pengambilan zat besi juga boleh menyebabkan sembelit tau. Jadi, ambillah suplemen anda mengikut saranan doktor @ jururawat.

 

Suplemen Yang Membantu Masalah Sembelit

Memperkenalkan OsteMatrix Shaklee

OsteMatrix Shaklee merupakan pil kalsium yang sangat membantu mengatasi masalah sembelit. Bukan sahaja kaya dengan sumber kalsium, malah ia turut mengandungi beberapa mineral lain seperti magnesium, vitamin D, boron dan zink. Seperti yang diketahui, magnesium sangat membantu dalam penyerapan kalsium didalam sistem pencernaan tubuh.

Antara fungsi OsteMatrix dalam membantu masalah sembelit ialah :

  • Kandungan kalsium dan magnesium membantu air diserap dengan baik didalam usus besar sekaligus melembutkan najis dan melancarkan pergerakkannya untuk keluar dari rektum.
  • Membantu menguatkan dan memberikan kelegaan kepada otot usus dalam proses pergerakan najis.

 

Sejauh manakah OsteMatrix ini berkesan dalam mengatasi masalah sembelit? Jom kita tengok apa kata pengguna.

 

 

 

 

 

 

 

 

Jadi, usah ragu-ragu lagi kehebatan OsteMatrix Shaklee ini. Jika anda sedang mengalami masalah yang sama, ayuh dapatkan OsteMatrix anda sekarang. Jangan biarkan masalah sembelit menghantui hidup anda sepanjang proses kehamilan.

 

Bagaimana untuk mendapatkan OsteMatrix Shaklee ini?

Anda boleh mendapatkannya dari saya kerana saya merupakan salah seorang pengedar shaklee Malaysia. Pesanan anda akan dihantar melalui Pos Laju ataupun Gdex. Jika anda berada di Klang meliputi kawasan Kapar, Sg Kapar, Meru, Bandar Baru Klang, Bandar Sultan Suleiman ataupun kawasan Setia Alam, saya ada menyediakan khidmat Cash on Delivery (COD).

Kenapa memilih saya? Kerana setiap pembelian melalui saya, akan layak untuk mendapatkan khidmat konsultasi yang berterusan secara percuma disamping mendapat khidmat nasihat berkaitan penggunaan produk Shaklee.

 

 

Sebarang pertanyaan boleh hubungi saya

Pengedar Shaklee Terbaik Anda

Siti Nor Adilah Binti Mustahal (Dila)

Shaklee ID : 897614

Email :

siti5524@gmail.com

Call / SMS / Whatsapp :

013-2584575

FB : Siti Nor Adilah Mustahal

 

Cara Hilangkan Sembelit ketika Hamil Secara Selamat dan Berkesan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge