Apa Itu Tibi?

Tibi merupakan sejenis penyakit berjangkit berbahaya yang boleh membawa maut sekiranya tidak mendapat rawatan dengan sempurna.

Penyakit Tibi ini disebabkan oleh kuman Tibi (Tubercle Bacili) yang biasanya menjangkiti paru-paru. Ia juga boleh menyerang bahagian-bahagian lain anggota badan seperti selaput otak, tulang, kelenjar, buah pinggang dan kulit.

Pelbagai cara telah dilakukan. Langkah pencegahan juga telah dilaksanakan. Namun, penularan penyakit tibi (tuberculosis) tetap tidak ada surutnya. Malah angkanya terus meningkat dari tahun ke tahun.

 

Tanda & Gejala Penyakit Tibi

 

 

3 juta kematian berlaku setiap tahun disebabkan penyakit jangkitan tibi dan 80% daripadanya melibatkan negara-negara membangun. WHO juga menyatakan hampir 26% kematian di negara dunia ketiga boleh dielakkan sekiranya pesakit tahu cara merawat tibi dengan mendapatkan rawatan sewajarnya.

 

Tibi dan Pendatang Asing


Kemasukan pekerja dari negara-negara dunia ketiga sememangnya menjadi punca utama jangkitan tibi masih berleluasa biar pun tahap kebersihan dan kesihatan di negara ini boleh dikatakan berada pada paras sederhana.

Sememangnya sangat sinonim dengan negara mundur dan kemasukan pekerja dari negara-negara ini turut membawa sekali penyakit tersebut. Penyebaran kuman di kalangan pendatang berlaku dengan mudah disebabkan keadaan persekitaran yang memudahkan penyakit merebak dan menular.

Negara maju seperti Amerika Syarikat juga turut berdepan dengan masalah ini disebabkan kemasukan pendatang asing dari negara membangun seperti Mexico.

Bagaimanapun, kes tibi di Malaysia masih rendah berbanding Filipina, Thailand dan Indonesia, namun lebih tinggi dari negara Singapura.

 

Langkah Pencegahan

Menurut kajian, pesakit yang aktif tibi akan menjangkiti 10 hingga 15 orang di sekelilingnya. Bagi pesakit yang disahkan tibi mereka perlu :

  • Mematuhi arahan pengambilan ubat yang telah ditetapkan tempohnya.
  •  Ambil cuti dan tidak ke tempat kerja atau sekolah bagi mengelakkan kuman tibi tersebar.
  •  Selepas beberapa minggu rawatan, pesakit akan rasa lebih baik dan tidak akan menjangkiti orang lain lagi. Doktor akan menasihatkan waktu yang paling sesuai untuk kembali berkerja atau ke sekolah.
  •  Asingkan bilik tidur, jangan berkongsi pakaian, makanan dan sebagainya. Elakkan bersentuhan dengan orang lain bagi mengurangkan risiko jangkitan.
  • Dari segi ventilasi, pastikan sistem pengudaran rumah dan pejabat dalam keadaan baik. Halakan kipas ke arah tingkap untuk meniup angin keluar dari ruang bilik. Ini akan mengurangkan peluang bakteria tibi untuk terus berada dalam ruang dan menjangkiti orang lain.
  • Selain itu, kanak-kanak yang merupakan golongan mudah dijangkiti tidak digalakkan untuk mengunjungi hospital bagi mengelakkan penyebaran kuman tibi. Bagi bayi baru lahir, suntikan BCG mampu memberi perlindungan daripada bakteria tibi.
  • Pemeriksaan kesihatan menyeluruh perlu dilakukan ke atas pekerja yang masuk ke negara ini terutama jika dari negara dunia ketiga.

 

Cara Merawat Tibi

Bakteria tibi mempunyai dinding sel yang tebal dan amat sukar untuk dibunuh menggunakan antibiotik. Kuman ini juga boleh hidup di dalam sel-sel darah dan di dalam tisu anggota badan lain.

Oleh itu, rawatan tibi perlu terus diberikan selama 6 bulan supaya semua kuman di dalam dan di luar sel dapat dibunuh sepenuhnya.

Cara merawat tibi ini adalah dengan memberikan antibiotik kepada pesakit. Ini adalah untuk mengelakkan kuman tibi menjadi kebal kepada ubat (multidrug resistance tibi). Ubat yang biasa diberi adalah isoniazid, rifampicin, pyrazinamide, dan ethambutol. Pesakit perlu mengambil ubat-ubat ini setiap hari bagi 2 bulan pertama, sehinggalah pemeriksaan doktor dijalankan.

Sekiranya pemeriksaan doktor menunjukkan kemajuan dari segi simptom, imej imbasan sinar-X dan pemeriksaan kahak, cara pengambilan ubat akan diubah kepada 2 kali seminggu untuk 4 bulan seterusnya. Imbasan sinar-X dan ujian kahak perlulah dijalankan setiap 2 bulan sepanjang tempoh rawatan, sehinggalah pesakit didapati sembuh sepenuhnya (selalunya hanya dalam tempoh 6 bulan).

Seperti antibiotik lain, ubat-ubat untuk tibi juga mempunyai kesan sampingan termasuk loya, muntah, rasa gatal badan dan letih. Adalah sangat penting pesakit memaklumkan doktor atau jururawat jika terjadi sebarang kesan sampingan yang teruk.

Kejadian kuman tibi yang kebal kini didapati meningkat di beberapa negara di rantau Asia. Kuman jenis ini amat sukar dihapuskan dan kadar kematian pesakit akibat jangkitan kuman tibi kebal adalah setinggi 80%.

 

Ikhtiar Penyakit Tibi Dengan Suplement Semulajadi

 

 

Berdasarkan pengalaman ayah sendiri yang disahkan menghidap tibi, rawatan untuk penyakit tibi amat memeritkan. Kesan penyakitnya juga bagaikan berpanjangan walaupun rawatan hampir tamat. Pelbagai kesan sampingan seperti kencing manis mula menyerang ayah saya. Oleh yang demikian, pengambilan suplement atau makanan tambahan amat digalakkan bagi membina semula sistem pertahanan tubuh dan membantu bapa saya mendapat kesihatan yang lebih baik. Saya telah mengesyorkan Vivix Shaklee kepada ayah saya sebagai suplemen tambahan. Dan setelah hampir 2bulan mengamalkan Vivix, alhamdulillah kesihatan ayah saya bertambah baik.

 

Screenshoot Whatsapp saya & kakak yang menjaga ayah

Dan ketika artikel ini ditulis, ayah saya sedang mengerjakan ibadah umrah bersama-sama ibu, kakak dan abang. Syukur alhamdulillah. Terima kasih Ya Allah.

 

 

Testimoni Pengguna Lain 

 

 

 

 

 

Jika anda merupakan salah seorang dari penghidap tibi atau ada dikalangan ahli keluarga penghidap tibi, dapatkan Vivix anda sekarang. Hubungi saya untuk mendapatkan harga yang menarik berserta konsultasi eksklusif secara PERCUMA.

 

Pengedar Shaklee Terbaik Anda :

Siti Nor Adilah Binti Mustahal (Dila)

Shaklee ID : 897614

Email :

siti5524@gmail.com

Call / SMS / Whatsapp :

013-2584575

FB : Siti Nor Adilah Mustahal

Bahaya Tibi : Apakah Cara Terbaik Untuk Merawatnya?
Tagged on:                     

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge