Penyakit gout adalah sejenis penyakit yang disebabkan oleh kewujudan asid urik yang berlebihan di dalam badan. Asid urik adalah merupakan bahan kumuh yang  berasal daripada sejenis protein dipanggil purin.

Gout terjadi apabila kandungan asid urik dalam darah meningkat (melebihi 7.5mg/dL). Badan manusia selalunya akan membuang bahan kumuh seperti asid urik ini melalui pembuangan air kencing (urine).

Untuk pengidap gout, asid urik yang telah berlebihan ini tidak dibuang dan berkumpul dalam sendi. Biasanya mendapan akan berlaku pada sendi ibu jari tetapi ia juga boleh berkumpul di sendi lain seperti belakang kaki, buku lali, lutut, pergelangan tangan, siku dan jari.

Penyakit gout juga merupakan antara salah satu penyakit yang paling lama dihidapi oleh manusia, sejak zaman dahulu lagi. Pada waktu dahulu penyakit gout ini boleh menyebabkan kecacatan, tetapi dengan adanya  kemajuan dalam bidang perubatan, penyakit gout kini sudah boleh dikawal samada melalui perubatan moden ataupun penawar tradisional gout .

Golongan Yang Sering Diserang Derita Gout :-

  1. Lelaki berusia 30 tahun ke atas
  2. Wanita putus haid (menopause)
  3. Orang yang mempunyai sejarah keluarga mengidap gout
  4. Orang yang mengalami stress berlebihan
  5. Orang yang mengambilan alkohol berlebihan
  6. Pesakit tertentu seperti leukimia

Tanda-tanda Anda Menghidap Gout

Di bawah ini adalah tanda-tanda gout yang harus anda kenalpasti sebelum ia semakin parah. Ini adalah sebagai panduan asas.

  1. Penyakit gaut kebiasaannya terjadi pada ibu jari kaki (lebih kurang 75% daripada semua serangan pertama). Ibu jari kaki akan menjadi merah, panas, bengkak dan tersangat sakit.
  2. Serangan selalunya akan berlaku secara tiba-tiba, selalunya semalaman.
  3. Sendi yang diserang menjadi bisa sehinggakan apabila bergeseran dengan selimut pun begitu menyeksakan.
  4. Sakit mungkin akan berlarutan berhari-hari, atau mengambil masa sekurang-kurangnya 1 hingga 2 minggu untuk reda jika tidak dirawat.
  5. Sakit mungkin akan menyerang kembali selepas beberapa minggu atau bulan.
  6. Gout boleh menyerang sendi-sendi lain juga seperti buku lali, lutut, pergelangan tangan dan jari.
  7. Benjolan akan timbul pada sendi serta cuping telinga yang disebabkan oleh timbunan asid urid yang mungkin kelihatan seperti kapur
  8. Pengumuhan air kencing kemungkinan akan berlaku dengan lebih banyak dan kerap.
  9. Penyakit gout ini juga biasanya berlaku dalam keadaan tiba- tiba dan tanpa mempunyai sebab yang ketara. Tetapi dalam keadaan yang tertentu juga, serangan penyakit gout juga boleh berlaku apabila terdapat kekurangan air dalam tubuh bila makan secara berlebihan
  10. Bila tengah malam pula iaitu pesakit akan terasa sejuk seperti disiram air sejuk di tempat yang sakit dan ini akan menyebabkan mereka mengigil dan demam.

 

Cara Mengatasi Gout?

Terdapat beberapa kaedah untuk mengatasi masalah penyakit Gout ini. Antaranya:

  1. Mengamalkan diet rendah purine. Pengambilan sederhana makanan yang mengandungi purine dan berprotein tinggi seperti organ dalaman, bilis, sardin, telur ikan, kekacang, lemak haiwan, asparagus, bunga kobis, cendawan dan yis
  2. Ceri dan strawberi dikatakan mampu mengurangkan asid urik
  3. Minum air dengan kadar yang banyak untuk membantu proses penyingkiran asid urik
  4. Kawal berat badan
  5. Bersenam

Jika anda mengalami salah satu atau beberapa daripada tanda-tanda gout diatas, anda boleh dapatkan pemeriksaan lanjut di klinik atau hospital yang berdekatan. Jika anda disahkan mendapat penyakit gout, ubati ia dengan segera dengan perubatan moden atau penawar gout berasaskan herba.

Kurangkan Kesakitan Gout Dengan Suplement Shaklee

#Vivix

Menggalakkan pembentukan mitochindria dalam sel dan melambatkan pembentukan protein AGE yang merosakkan sel.

#Omega Guard

Kaya dengan DHA dan EPA yang mampu mengurangkan keradangan pada sendi pesakit gout

#Alfalfa Complex

Bertindak menyingkirkan toksid secara lembut dari dalam badan

#Performance Drink

Mengelakkan tubuh dari ‘dehaydrate’ dan memastikan tubuh cukup kandungan gula dan air.

TESTIMONIAL PENGGUNA SHAKLEE

Jangan biarkan gout mengganggu kelestarian aktiviti harian anda. Cegah dan jalani kehidupan yang sihat dengan Shaklee.

Jika anda berminat untuk mendapatkan set kesihatan anda dengan harga menarik berserta konsultasi eksklusif secara PERCUMA, sila hubungi saya ditalian yang tertera di bawah :

Pengedar Shaklee Terbaik Anda :

Siti Nor Adilah Binti Mustahal (Dila)

Shaklee ID : 897614

Email :

siti5524@gmail.com

Call / SMS / Whatsapp :

013-2584575

FB : Siti Nor Adilah Mustahal

Apa itu Penyakit Gout? Kenali Tanda & Cara Untuk Mengurangkan Kesakitannya
Tagged on:             

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge