Bayi yang dilahirkan pada usia kandungan yang kurang dari 37 minggu dipanggil sebagai bayi pramatang atau dalam bahasa pasarnya, bayi tidak cukup bulan.

Bayi yang dilahirkan kurang dari tempoh ini akan mengalami pelbagai masalah kesihatan disebabkan oleh organ mereka yang belum cukup matang. Lagi kurang usia kandungan lagi tinggi risiko kesihatan yang mungkin dialami oleh bayi pramatang ini.

Bayi lahir tidak cukup bulan atau bayi pramatang memerlukan penjagaan khusus berbanding bayi lahir normal. Bayi pramatang lahir awal iaitu antara 28 hingga 36 minggu usia kehamilan ibu.

Semakin pramatang usia bayi, semakin rumit penjagaannya. Lebih kurang 8% bayi dilahirkan pramatang di Malayasia. Oleh kerana kebanyakan bayi pramatang lahir dengan berat badan terlalu ringan iaitu kurang daripada 2 kg maka doktor akan memantau beratnya sebelum dibenarkan keluar dari hospital.

Langkah-langkah yang boleh diamalkan untuk  membantu ibu menguruskan bayi pramatang.

#Posisi tidur

Ciptakan tempat tidur bayi daripada gulungan selimut tebal yang dibuat bentuk huruf U. Letakkan bayi dalam ‘sarang’ tersebut seperti posisinya di dalam rahim. Dalam kedudukan ini, bayi merasakan dia sentiasa dipeluk dan tidak akan terperanjat kerana terasa seperti hendak terjatuh.

#Pasangkan lampu yang malap

Ketika menyusukan bayi dan tidurkannya, pastikan anda hanya memasang lampu yang bercahaya malap. Tidur yang lama, koordinasi pernafasan dan menelan dengan baik susu yang dihisap menggalakkan kenaikan berat badan lebih tinggi. Bila cahaya terlalu terang, bayi akan menutup mata sehingga rangsangan penglihatan menjadi kurang baik.

#Elak bunyi bising

Jangan sesekali membuat bising seperti bercakap kuat di depan bayi atau menutup pintu bilik dengan kuat ketika bayi tidur. Bayi pramatang memerlukan tidur berkualiti untuk merangsang hormon pertumbuhan dan perkembangan sel otak yang optima.

#Pegang bayi

Memegang bayi pramatang dengan kemas tanpa membuatnya tersentak. Ketika mengangkat bayi, pegang juga kedua lengannya, serapat yang boleh, selain menahan leher ataupun punggungnya. Boleh juga dukung bayi dalam keadaan berbedung.

#Rawatan kaedah kanggaro

Rawatan ini untuk mempertahankan suhu badan bayi, menstabilkan denyut jantung dan pernafasan, membuat tidur lebih banyak, jarang menangis, meningkatkan pengeluaran susu ibu. Kaedah ini disarankan untuk bayi pramatang dengan berat badan di bawah 2500 gram. 

#Lakukan stimulasi

Stimulasi berupa sentuhan, suara dan penglihatan dapat membantu bayi pramatang. Hangatkan tapak tangan anda ketika memegang bayi. Letakkan jari telunjuk dalam genggamannya. Bayi suka suara ibu, jadi ajaklah dia berbual ketika menyusu atau sebelum bayi mengantuk. Ketika berbual dengan bayi, jarakkan wajah anda antara 20-30 cm di hadapannya. 

#Tidak boleh penat

Jangan lakukan beberapa aktiviti berturut-turut. Misalnya menggantikan lampin, memakai baju dan menyusukannya, ini akan membuatkan bayi berasa kepenatan. Antara tanda bayi penat adalah hilang fokus mata, tangan seperti menolak, mengantuk, menguap berlebihan dan meragam.

Peranan Ibu

Justeru, ibu memainkan peranan penting untuk membantu bayi menambah berat badan bagi mengurangkan risiko lain kepada bayi. Untuk perkembangan optimal bayi pramatang, ciptakan suasana seperti di dalam rahim.

Selain daripada itu, ibu yang berpantang juga jangan abaikan kesihatan diri sendiri. Ambil vitamin atau makanan tambahan yang boleh menambah darah selepas bersalin seperti multivitamin VitaLea yang mengandungi zat besi. Untuk mengelakkan rasa stress atau tekanan, makan B-Complex sebagai rutin setiap pagi.

Mari kita baca luahan rasa Puan Lyna Noh yang terpaksa berpantang sambil menyusukan anaknya yang pramatang di hospital :

“……..saya yang berpantang sendiri berbuat sehabis baik untuk mendapatkan kesihatan yang baik agar dapat menjaganya di hospital, dan menadapatkan nutrisi terbaik agar susu badan yang saya beri padanya dapat memberi manfaat extra buat Fahry. Mujurlah Hospital Miri betul2 menggalakkan penyusuan susu ibu. Hampir kesemua ibu di situ menyusukan bayi pramatang mereka dengan susu badan.

Di wad SCN tu, saya melihat pelbagai ‘ragam’ anak2 pramatang ni. Ada yang berat badan naik-turun. Ada yang sekejap kuning, sekejap OK. macam2 lagilah… Hati saya begitu risaukan Fahry, takut dia terkena jangkitan kuman pada lukanya.

Apa yang saya amalkan semasa pantang, ialah supplement Shaklee iaitu Vita-Lea, B Complex, Vita-C, Alfalfa, Vita-E, Zinc, Carotomax, ESP dan Ostematrix

Memang saya benar2 struggle untuk besarkan Fahry dengan cepat dan bawa dia keluar dari wad itu.

Dengan keizinan dari Allah, berat badan Fahry naik dengan begitu baik, purata 30g sehari. Malah luka di betisnya sembuh! Tulang yang terkeluar itu tercabut dengan sendiri meninggalkan kulit yang cantik!

Perkembangan Fahry menarik teman sebilik saya.. katanya bayinya dah lebih sebulan keluar inkubator tapi masih belum dapat pulang kerana berat badan masih naik-turun. Lalu saya berkongsi Vita-Lea dan ESP dengan beliau. Alhamdulillah, seminggu selepas itu mereka selamat pulang ke rumah……. “

Menyusu Anak Pramatang Memang Mencabar, Apa Yg Perlu BUAT?

Dan kita ikuti pula bagaimana Puan Hidayah yang melahirkan bayi pramatang berjaya mengharungi semua itu dengan bantuan Set Bersalin & Penyusuan Lengkap Shaklee.

 

Menarik bukan  kisah mereka?

Hubungi saya untuk mendapatkan set kesihatan anda dengan harga menarik berserta konsultasi eksklusif secara PERCUMA.

Pengedar Shaklee Terbaik Anda :

Siti Nor Adilah Binti Mustahal (Dila)

Shaklee ID : 897614

Email :

siti5524@gmail.com

Call / SMS / Whatsapp :

013-2584575

FB : Siti Nor Adilah Mustahal

Langkah Penjagaan Bayi Pramatang

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge