Tahukah Anda? Hati merupakan organ kedua terbesar selepas kulit. Ia mempunyai berat kira-kira 1.25kg bagi individu dewasa.

Hati juga merupakan organ yang sangat bekerja keras dan memiliki hampir 500 fungsi untuk menyokong aktiviti tubuh, terutamanya selepas makan!.

Magisnya tentang hati ini, ia boleh tumbuh kembali walaupun 3/4 daripada kapasitinya telah diambil dan membesar semula ke saiz normalnya dalam tempoh fasa waktu tertentu.

Namun, hati juga perlu kuat. Ia mudah terdedah kepada pelbagai penyakit. Salah satunya akan diperjelaskan di dalam entri ini. Iaitu berkaitan masalah hati berlemak atau Steatosis.

Nak tahu bahaya ke tak masalah hati berlemak ini, jom dapatkan info lengkap di sini.

Kenali Hati Anda

Hati merupakan organ homeostasis yang memainkan peranan penting dalam proses metabolisma dalam manusia dan haiwan.

Hati mempunyai pelbagai fungsi termasuk menyimpan glikogen, mensintesis protein plasma, dan menyahtoksik dadah.

Ia menghasilkan hempedu yang penting bagipenghadaman. Ia melaksana dan mengawal pelbagai fungsi biokimia jumlah besar yang memerlukan tisu khas.

Istilah perubatan yang berkaitan dengan hati sering kali bermula dari perkataan Greek bagi hati iaitu hepar, menjadi hepato- atau hepatic.

Hati berwarna perang kemerahan dan terletak di bawah diafragma iaitu di dalam rongga abdomen.

Hati menerima makanan terlarut dalam darah apabila makanan ini tercerna dan diserap di usus.

Fungsi Hati

1) Mengawal aras glukosa darah dengan menyimpan glikogen di dalam hati.
2) Menyimpan vitamin dan garam mineral tertentu.
3) Mengawalatur metabolisme karbohidrat, lipid dan asid amino.
4) Menghasilkan hempedu yang akan disimpan di dalam pundi hempedu.
5) Menghasilkan protein-protein plasma tertentu seperti albumin.
6) Menghasilkan faktor-faktor pembekuan darah I (fibrinogen), II (protrombin), V, VII, IX, X and XI
7) Menyahtoksik bahan-bahan beracun terutama dadah dan bahan-bahan bernitrogen seperti ammonia.
8) Sebagai tempat penghasilan sel-sel darah merah fetus.
9) Menguraikan molekul hemoglobin tua.
10) Menyingkirkan hormon-hormon berlebihan

Hati Berlemak atau Fatty Liver

Hati berlemak atau steatosis adalah satu keadaan yang mana ada lemak berlebihan pada hati. Hati berlemak kerap jadi pada wanita.

Hati Berlemak terjadi apabila berlakunya perubahan pada enzim hati secara abnormal seterusnya menyebabkan ketidakseimbanganmetabolisma yang menjurus kepada masalah hati berlemak dan tidak mempunyai simpton yang khusus.  Ia lazimnya terjadi pada mereka yang berusia 40 tahun ke atas dan apa yang memburukkan lagi keadaan ialah jika seseorang itu menghidap obesiti atau penyakit diabetes.

Meskipun hati berlemak bukanlah sejenis penyakit, ia adalah petanda bahawa seseorang menghadapi masalah kesihatan.Hati adalah organ yang berfungsi untuk menukar lemak yang dimakan kepada jenis lemak yang digunakan oleh tubuh.Trigliserid pula antara bentuk lemak yang disimpan dalam tubuh dan digunakan untuk tenaga serta pembentukan sel baru.

Bagaimanapun, pemecahan lemak ini boleh terganggu oleh minuman keras, kekurangan zat makanan, kehamilan atau keracunan. Dalam kes hati berlemak, jumlah lemak yang kebanyakannya terdiri daripada trigliserid ada dalam sel hati. Jika lemak yang diproses ini berlebihan daripada apa yang diperlukan dalam tubuh, ia akan disimpan.

Di kalangan individu yang obesiti, lemak akan lebih banyak terbentuk dalam sel hati. Dalam kes yang serius saiz hati meningkat tiga kali ganda daripada saiz normal.

Hati berlemak biasanya berpunca dari gaya hidup kita seharian, bermula dari rumah hingga dari luar rumah, tapi anda usah risau ia masih boleh dielakkan.

Siapakah yang berisiko?

  • Mereka yang kerap mengambil minuman beralkohol
  • Pesakit obesiti dan diabetes
  • Ibu hamil
  • Mereka yang ubat-ubatan yang berlebihan.

Kompilasi akibat hati berlemak

  • Hati berlemak biasa (steatosis)
  • Hati berlemak berkaitan keradangan ( steatohepatitis )
  • Hati berlemak berkaitan hati menjadi keras dan berparut (cirrhosis)

Apakah Punca Penyebab Masalah Hati Berlemak

Biasanya, punca kepada penyakit hati berlemak ini di Malaysia adalah obesiti dan kencing manis (diabetes). Selain dari masalah obesiti dan diabetes, masalah fatty liver  yang berpunca dari makanan termasuklah:

  • Masalah kebuluran atau kurang gizi makanan.
  • Kurang zat protein (protein malnutrition)
  • Terlalu banyak makan makanan yang berlemak tinggi
  • Pembedahan pintasan usus untuk masalah obesiti
  • Kehilangan berat yang sangat cepat

Kondisi tertentu berikut juga selalunya akan menyumbang kepada penyakit hati berlemak:

  • Kencing manis
  • hyperlipidemia (peningkatan jumlah lipid dalam darah)
  • Rintangan insulin dan tekanan darah tinggi

Faktor penyebab lain:

  • Faktor genetik atau keturunan
  • Tabiat minum minuman keras/beralkohol tanpa kawalan
  • Kesan sampingan penggunaan ubat dan bahan kimia.

Lihat dulu gaya hidup seharian kita, adakah ianya sudah cukup untuk kesihatan yang optimum? Sekiranya gaya hidup kita tidak teratur barulah satu pemeriksaan awal perlu dibuat bagi mengesan adakah kita mengidapi penyakit hati berlemak atau tidak. Jika tidak dikesan dari awal hinggakan hati sudah berparut dan juga sudah keras, tiada ubat yang mampu mengubatinya pada tahap ini.

Tanda-tanda Penyakit Hati Berlemak

Secara amnya, individu yang menghidapi masalah ini tidak menunjukkan sebarang tanda yang jelas. Namun, mungkin beberapa tanda ini boleh membantu:

  • Berasa tak selesa di perut terutama bahagian atas tubuh selari dengan hatiRasa letih tak bermaya dan tidak sedap badan seperti mahu demam.

Fatty liver juga sangat berisiko untuk mereka yang terlebih gemuk atau obesiti. Apatah lagi yang sudah disahkan mengidap kencing manis.

Jadi, jika anda tergolong dalam 2 kategori ini anda perlu mengambil lebih langkah berjaga-jaga bagi mengelakkan masalah hati berlemak ini.

Panduan mengurangkan gejala hati berlemak

  • Jangan minum minuman beralkohol.  Alkohol boleh menurunkan kadar metabolisme dan penyingkiran lemak.
  • Amalan pemakanan karbohidrat tinggi seperti beras perang.
  • Amalan pengambilan banyak buah-buahan dan sayur-sayuran yang baik untuk selsel hati.  Ini kerana buah-buahan yang tinggi kandungan fruktosa boleh membahyakan individu yang hati berlemak.
  • Amalkan pemakanan seimbang dengan serat yang tinggi.  Obesiti adalah punca paling kerap hati berlemak.  Mereka yang menahan lapar, kekurangan protien yang menyebabkan mereka kekurangan zat pemakanan yang diperlukan oleh tubuh menyebabkan hati berlemak.
  • Melakukan senaman.  Penurunan berat badan beransur-ansur adalah disyorkan. Penurunan berat badan secara mendadak hendaklah dielakkan kerana ia menggalakkan pengumpulan lemak pada hati.
  • Kekerapan mengambil makanan dalam kuantiti yang kecil adalah lebih baik daripada makanan dalam kuantiti yang besar.

Pulih Dan Kekalkan Kesihatan Hati Secara Semulajadi

Hakikatnya, penyakit hati berlemak ini boleh dielakkan dengan mengamalkan cara hidup sihat dan pemakanan yang seimbang.

Sekiranya kita obesiti, luangkan masa untuk bersenam selama 30 minit sehari. Alangkah baiknya jika dapat turunkan berat badan secara sihat. Jangan terlalu drastik.

Elakkan juga makanan tinggi lemak dan berkolestrol tinggi. Jika kita berisiko atau mengidap kencing manis, maka kawal pengambilan gula.

Selain itu, pengambilan suplemen yang sesuai juga amat digalakkan. Disini saya menyarankan (highly recomended) untuk anda mengambil supplemen di bawah ini sebagai perisai kepada tubuh daripada serangan fatty liver ini.

Rawat Hati

Vivix, Nutriferon Dan DTX Complex Perisai Lengkap Tubuh!

Ramuan utama DTX Complex adalah ekstrak dari biji benih pokok milk thistle. Memberi sokongan kepada tubuh dengan menghasilkan protein untuk membantu menjana semula sel-sel hati.

Selain itu, DTX Complek ini diperkaya dengan Ekstrak Schizandra (keluarga beri), Cendawan Reishi (herba yang tinggi antioksidan), kunyit, dandelion serta articok (herba membantu kesihtan hempedu).

Nutriferon adalah produk seumpamanya yang hanya dipatenkan untuk Shaklee. Ia berpotensi meningkatkan paras interferon untuk menguatkan sistem imun tubuh bagi melindungi dari serangan patogen seperti virus, parasit, sel kanser dan unsur-unsur lain.

Nutriferon diadunkan dengan 4 bahan utama secara botani iaitu:
• Ekstrak biji labu (Cucurbita moschata) yang mendorong pengeluaran interferon
• Ektrak biji Plantago (Plantage Asiatica) yang mengandungi bahan kimia yang dipanggil polisakarida yang diguna untuk merangsang sistem imun
• Ekstrak bunga Safflower (Carthamustinctorius) polisakarida, yang telah dikenalpasti dapat mendorong pembangunan makrofaj, sejenis sel darah putih
• Ekstrak kuntuman bunga Japanese Honeysuckle (Lonicera japonica) yang digunakan secara meluas dalam dunia perubatan terutamanya di asia.

Fungsi Detox DTX

Manakala, tonik ajaib Vivix Shaklee adalah merupakan produk paling laris dan terbaik dalam Shaklee. Vivix adalah minuman botani  yang mengandungi 4 bahan aktif yang tinggi dengan kandungan resveratrol dan polifenol tumbuhan.

Fungsi Aktif Vivix

Vivix Shaklee dirumus khas untuk memulihkan dan melindungi sehingga ke peringkat sel. Kita telah sedia maklum bahawa masalah hati berlemak ini mengakibatkan sel-sel hati rosak dan tidak mampu untuk re-generate untuk memulihkan kembali kesihatan hati.

Pengambilan Vivix secara konsisten akan membantu untuk membaik-pulih sel-sel hati dan dalam masa yang sama menghasilkan semula sel-sel hati yang sihat. Pengambilan Vivix, Nutriferon dan DTX Complex akan membantu untuk memulihkan kesihatan hati.

Selain daripada itu, Vivix juga melindungi tubuh secara keseluruhannya daripada radikal bebas yang menyebabkan kanser serta memperbaiki DNA bagi memudakan sel atau proses awet muda untuk tubuh kekal sihat dan mengembalikan keremajaan tubuh (anti-aging).

Vivix juga telah pun banyak mendapat liputan di media massa kerana ia membantu melindungi sel DNA tubuh daripada serangan radikal bebas yang boleh menyebabkan pelbagai penyakit termasuklah kanser.

Kita dapatkan maklumbalas mereka yang telah berjaya merawat penyakit hati berlemak ini dengan pengambilan suplemen Shaklee.

Testimoni 1
Testimoni 2
Testimoni 3
Testimoni 4

Jika anda berisiko mengidap penyakit hati berlemak atau golongan yang berisiko tinggi, bertindak sekarang.

Buatlah keputusan yang tepat sekarang demi untuk hidup yang lebih sihat di kemudian hari!

Hubungi saya untuk mendapatkan info berkaitan produk-produk Shaklee sekaligus mendapatkan khidmat konsultasi eksklusif secara PERCUMA.

 

Pengedar Shaklee Terbaik Anda :

Siti Nor Adilah Binti Mustahal (Dila)

Shaklee ID : 897614

Email :

siti5524@gmail.com

Call / SMS / Whatsapp :

013-2584575

FB : Siti Nor Adilah Mustahal

Langkah Mudah Atasi Penyakit Hati Berlemak atau Fatty Liver

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge