Setiap wanita mengimpikan untuk memiliki kulit wajah yang bersih dan putih. Sapa yang taknak kan bila orang puji ‘eh Mona, putihnya kulit kau’ ‘wahh minah sekarang bukan main bersih lagi kulit kau, cerah pulak tu’.

Hahhh tak salah nak putih dan cerahkan kulit tapi jangan sampai memudaratkan diri sendiri. Iyalah, zaman sekarang ni kan terdapat banyak lambakan produk-produk pemutihan kulit yang dijual kat luar sana.

Awas ye kawan-kawan, jangan kerana obses nak putih, diri sendiri yang menanggung sengsara.

Harini saya nak kongsikan 7 tips macam mana untuk kita dapatkan kulit yang cerah dan putih secara semulajadi. Jom checkit out.

 

#1 : BUAT MASKER MADU DAN YOGURT

 

Seperti susu, yogurt mengandungi enzim yang boleh memutihkan kulit dengan lembut. Madu mempunyai ciri-ciri pelembapan dan anti bakteria. Adunan kedua-dua bahan ini akan menghasilkan masker yang menyihatkan.

Caranya : Campurkan satu bahagian madu dan satu bahagian yogurt, kemudian sapukan campuran tersebut ke seluruh muka anda. Biarkan selama 15 minit, kemudian bilas dengan air suam.

  • Pastikan anda guna yogurt biasa tanpa gula (plain). Yogurt berperisa akan menjadi terlalu melekit.
  • Sebagai ganti madu, cuba gantikan dengan buah avocado atau gunakan daun lidah buaya (aloe vera). Kedua-dua ramuan ini juga mempunyai kesan pelembapan yang bagus.

 

#2: SAPUKAN LARUTAN JUS LEMON

 

Jus lemon telah digunakan selama beribu tahun sebagai pencerah kulit semula jadi. Ia mengandungi asid yang melunturkan kulit sedikit dan mengelupas lapisan atas sel kulit yang lebih gelap.

Caranya : Buat larutan jus lemon dengan mencampurkan satu bahagian jus lemon kepada satu bahagian air. Ambil bebola kapas dan sapu larutan pada wajah anda. Biarkan selama 15 minit, kemudian bilas dengan air suam.

  • Hadkan penggunaan larutan jus lemon kepada hanya satu hingga dua kali seminggu. Menggunakannya terlalu kerap boleh membawa kepada kerengsaan kulit. Sapukan pelembap selepas membilas jus lemon kerana jus boleh mengeringkan kulit anda.

 

#3 : MASKER TIMUN

 

Ramai yang tidak tahu bahawa timun memiliki kandungan air yang tinggi sekali gus bermanfaat melembapkan kulit wajah. Ia juga bertindak sebagai agen mencerahkan kulit yang terbaik.

Caranya : Ambil separuh timun yang segar dan kisarkan ia. Titiskan air perahan lemon. Ratakan kesemuanya.

Letak di seluruh wajah dan leher anda selama 15 minit. Selepas itu, bilas dengan air suam. Lakukannya setiap hari mengikut kerajinan anda.

 

#4 : SKRUB BIJI KOPI DAN MINYAK ZAITUN

 

Serbuk kopi berupaya menghasilkan minyak antioksida yang berfungsi mencerahkan dan menghaluskan kulit wajah. Untuk mendapat kesan cerah sempurna pada kulit, lakukan cara ini sekerap yang mungkin.

Caranya : Pertama sekali, campurkan serbuk kopi dengan minyak zaitun. Kacau kesemua bahan dan lulurkan ke seluruh tubuh termasuk wajah anda.

Gosok perlahan-lahan dan biarkan selama sejam sebelum dibilas dengan air campuran garam. Selepas itu, mandi seperti biasa.

 

 

#5 : BARLI GORENG DAN JUS LIMAU

 

Umum mengetahui barli menjadi pilihan utama untuk menghilangkan panas dalam badan ketika demam. Tetapi harus di ambil tahu yang barli ni juga digunakan sebagai bahan untuk mencerahkan kulit kerana kandungan protein, karbohidrat, vitamin dan galian di dalamnya merupakan sumber terbaik serat pemakanan.

Jika ingin kelihatan cantik, maka anda perlu rajin untuk mengamalkan petua ini.

Caranya : Ambil segenggam barli yang telah digoreng tanpa minyak. Tumbuk barli tersebut hingga lumat dan bancuh dengan sedikit perahan limau nipis yang telah dicampurkan air masak. Sapukan bancuhan air tersebut di seluruh wajah sebelum tidur.

 

#6 : RENDAM DIDALAM AIR BERAS

 

Seterusnya adalah dengan menggunakan air beras. Ramai yang tahu bahawa beras atau nasi adalah makanan ruji kita. Tetapi berapa ramai yang tahu bahawa air beras boleh digunakan untuk memutihkan kulit secara semulajadi.

Caranya : Hanya berendam menggunakan air beras selama 15 minit sehari dan lakukannya dua kali sehari, anda boleh lihat kulit anda lebih putih dalam masa beberapa minggu.

 

 

#7 : CUKUPKAN KEPERLUAN ASAS TUBUH

 

Kurang minum air boleh menyebabkan dehidrasi. Dehidrasi dapat membuatkan kulit menjadi kering dan kusam. Untuk itu, kita harus mengambil mineral yang mencukupi setiap hari.

Caranya : Semudah ABC iaitu dengan banyakkan minum air putih sekurang-kurangnya 8 gelas sehari.

Walaupun nampak remeh, percayalah minum air putih akan memberikan banyak manfaat untuk tubuh kita.

 

Selain pengambilan air masak yang cukup, pengambilan Vitamin C juga dapat membantu untuk mencerahkan kulit secara semulajadi. Ini kerana Vitamin C membantu memperlahankan pengeluaran melanin.

  • Vitamin C menghalang enzim tyrosinase. Jadi, kuranglah penghasilan pigment u
  • Vitamin C bertindak sebagai anti-oksidan yang menentang radikal bebas yang menyebabkan kulit cepat tua dan semakin gelap. Ia juga dapat meningkatkan paras glutathione dan Vitamin E dalam badan kita. Nampak tak kedua-dua vitamin ini sangat dikenali sebagai anti-oksidan yang bagus. Glutathione yang terhasil akan merangsang penghasilan Pheomelamin yang lebih cerah berbanding penghasilan melamin Eumelamin.
  • Beberapa penyelidikan yang dijalankan turut membuktikan sapuan Vitamin C pada kulit mampu membaiki kulit yang rosak disebabkan pendedahan cahaya matahari.
  • Selain itu, Vitamin C berupaya menanggalkan sel-sel kulit mati dan menggalakkan pertumbuhan sel kulit baru yang lebih sihat.

 

MANFAAT VITAMIN C

Banyak sebenarnya manfaat vitamin c yang kita tidak tahu. Ianya bukan sekadar mencerahkan dan memutihkan kulit sahaja, malah ia juga memainkan peranan yang sangat besar untuk kulit yang sihat dan cantik.

Antara manfaatnya ialah :

  • Penting untuk sintesis kolagen. Kolagen adalah bahagian yang penting dalam kulit dimana ia memberikan keanjalan dan menajdikan kulit kelihatan muda dan tegang. Vitamin C memberitahu badan untuk menghasilkan lebih banyak kolagen.
  • Vitamin c sangat-sangat penting melawan kesan kemerahan dan keradangan pada kulit.
  • Ia juga bertindak sebagai agen penyembuhan luka. Vitamin c membantu untuk menjaga dinding saluran darah dan kapilari darah agar sentiasa kuat dan utuh.

 

SUMBER VITAMIN C

 

Pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran semulajadi yang kaya dengan sumber Vitamin C mampu meningkatkan tahap vitamin c dalam badan kita. Antara buah-buahan yang kaya dengan vitamin c ialah kiwi, oren, jambu batu, nenas dan strawberi manakala sayur-sayuran yang kaya dengan vitamin c ialah tomato, kentang, kubis, ada, brokoli dan kacang salji. Tetapi harus diingat bahawa jika kita memasak sayuran itu secara berlebihan, sumber vitamin c yang terkandung didalamnya akan musnah.

 

NAK CARA LEBIH MUDAH UNTUK DAPATKAN VITAMIN C?

Mungkin anda boleh mencuba Sustained Release Vitamin C-Plus Shaklee ni. Setiap tablet Vitamin C mengandungi 500mg. Keistimewaan Vitamin C Shaklee ni ialah ia bersifat sustained release (pelepasan berperingkat) dimana ia hanya melepaskan 100mg setiap jam selama 5 jam didalam tubuh kita. Jadinya tiada pembaziran berlaku disitu kerana badan kita hanya mampu menyerap 100mg vitamin c dalam satu-satu masa.

Berkesan ke Vitamin C Shaklee ni?

 

Mari saya tunjukkan mereka yang dah berjaya mencerahkan kulit dengan mengamalkan Vitamin C Shaklee ni.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Nampak kan perubahan yang mereka alami. Usah ragu-ragu untuk mencuba Sustained Release Vitamin C-Plus Shaklee ini. Ayuh dapatkan Vitamin C anda sekarang. Dijamin selamat, berkesan dan semulajadi.

 

Hubungi saya mendapatkan harga yang menarik berserta konsultasi eksklusif secara PERCUMA.

 

MELABURLAH UNTUK KESIHATAN DAN KECANTIKKAN ANDA

Pengedar Shaklee Terbaik Anda :

Siti Nor Adilah Binti Mustahal (Dila)

Shaklee ID : 897614

Email :

siti5524@gmail.com

Call / SMS / Whatsapp :

013-2584575

FB : Siti Nor Adilah Mustahal

 

 

7 Tips Cerahkan Kulit Wajah Secara Semulajadi
Tagged on:             

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge