Masalah anemia @ HB rendah semasa hamil merupakan suatu keadaan dimana kadar Hemoglobin (Hb) didalam sel darah merah berada di bawah paras normal. Gejalan anemia ini cukup sinonim dikalangan ibu-ibu hamil.

Ketika hamil, kaum wanita memerlukan sel darah merah yang banyak bagi menampung keperluan tubuh dan janin yang akan berkembang. Ibu hamil dikatakan mengalami anemia apabila nilai kadar Hb berada di bawah paras 10g/dl pada trimester pertama dan ketiga, manakala nilai kadar 11g/dl pada trimester kedua.

 

Adalah normal untuk mengalami anemia ringan semasa hamil tetapi tahukah anda ianya boleh menjadi buruk jika anda biarkan dan tidak dirawat?

 

Gejala Anemia @ HB Rendah Semasa Hamil

Gejala biasa yang dihidapi oleh ibu hamil ialah :

♥ Mudah penat dan cepat letih

♥ Sesak nafas

♥ Pucat dibahagian bibir, kulit dan kuku

♥ Pening kepala

♥ Degup jantung yang laju

 

Kadangkala, ibu hamil tidak mempunyai tanda-tanda anemia yang begitu jelas disebabkan mereka tidak pernah mengalaminya sebelum ini. Justeru, anda dinasihatkan untuk melakukan pemeriksaan rutin mengikut jadual yang ditetapkan oleh pihak klinik/hospital.

 

Penyebab Berlakunya Anemia @ HB Rendah Semasa Hamil

  1. Kurang Pengambilan Air Masak
  2. Pembawaan faktor gentik seperti penyakit talasemia
  3. Kekurangan zat besi akibat diet pemakanan yang tidak seimbang
  4. Masalah hemoglobinopathy iaitu keganjilan hemoglobin dalam darah
  5. Kelemahan penyerapan zat besi dalam badan
  6. Pendarahan serius akibat ulser perut atau buasir serta parasit

 

Risiko Anemia @ HB Rendah Semasa Hamil

Jika anemia @ HB rendah semasa hamil tidak dibendung, ia akan mendatangkan banyak risiko kepada ibu dan juga bayi dalam kandungan seperti :

  • Kelahiran bayi pramatang
  • Tumpah darah (jika anda mengalami kehilangan darah yang banyak semasa bersalin)
  • Bayi lahir dengan tidak cukup berat
  • Kecacatan serius pada tulang belakang  atau otak bayi (kecacatan tiub neural)
  • Kelahiran bayi dengan kecacatan tiub saraf

 

Cara Mengatasi Anemia @ HB Rendah Semasa Hamil

Antara langkah-langkah yang boleh diambil untuk mengatasi masalah HB rendah bagi ibu mengandung ialah :-

  1. Pengambilan makanan yang kaya dengan kandungan zat besi
    • Umum mengetahui zat besi sangat penting dalam merangsang pembentukan hemoglobin dalam sel darah merah. Contoh makanan yang kaya dengan zat besi ialah sayuran berdaun hijau,buah-buahan, kekacang, kerang, ayam, hati, produk tenusu, buah-buahan kering seperti kismis ataupun prun.
  2. Ambil makanan yang tinggi kandungan vitamin C
    • Seperti yang sediamaklum, vitamin c sangat-sangat membantu kadar penyerapan zat besi didalam tubuh. Kandungan vitamin c sangat biasanya diperolehi daripada sumber makanan berasaskan tumbuhan seperti sayuran berdaun hijau termasuk tomato, buah-buahan seperti oren, betik, buah kiwi dan strawberi.
  3. Pengambilan suplement tambahan
    • Kebanyakan ibu-ibu mengandung yang mempunyai masalah HB rendah akan diberikan vitamin @ suplemen tambahan oleh doktor yang merawat. Ini  kerana ia merupakan langkah berkesan bagi menangani masalah anemia. Pengambilan vitamin adalah untuk memudahkan ibu-ibu mengandung mendapatkan zat besi yang cukup.

 

Apakah Suplemen Terbaik Untuk Masalah HB Rendah?

Sepanjang 3 kali kehamilan, alhamdulillah saya tidak pernah mengalami masalah hb rendah yang teruk. Jika rendah pon disebabkan saya kurang tidur atau tak dapat tidur waktu malam. Kebiasaannya memang itu faktor penyumbang kepada masalah hb rendah saya. Dan ketika kehamilan keempat sekarang, alhamdulillah saya masih meneruskan rekod cemerlang hb cantik setiap kali rawatan bulan sehingga nurse pon puji.

 

Apa yang saya amalkan sepanjang mula kehamilan sehingga sekarang trimester ketiga (33minggu) ialah pengambilan suplement shaklee yang sangat-sangat membantu saya. Antara suplemen tersebut ialah :-

 

   1. B-Complex

  • Mengandungi kumpulan lengkap Vitamin B termasuklah Asid Folic dan Vitamin B12 yang sangat-sangat diperlukan ibu hamil.
  • Membantu meningkatkan fungsi saraf, mengelakkan risiko neural tube defects pada bayi, membantu mengelakkan risiko kelahiran pra-matang.
  • Membantu mengelakkan kacacatan pada bayi (spinal bifida)
  • Membantu menenangkan emosi sekaligus  mengelakkan kemurungan kepada ibu.

 

2. Multivitamin Vita-Lea

  • Vitamin utama saya amalkan dan tak pernah tinggal. Mengandungi 28 vitamin dan mineral termasuklah diperkaya dengan zat besi yang sangat diperlukan semasa hamil.
  • Terbukti selamat kerana telah menjalani 340 ujian kualiti.
  • Direka dengan sistem penyerapan Bio-Aktif untuk meningkatkan penyerapan Asid Folik yang juga sangat diperlukan ibu hamil.
  • Sangat cepat dan mudah larut dalam air untuk penyerapan berkesan dalam tisu-tisu badan.
  • Dengan formula nutrien lengkap untuk mengisi kelompongan vitamin dalam diet harian.

 

3. Sustained Release Vitamin C

  • Merangsang penyerapan zat besi dan Asid Folik.
  • Menggalakkan penghasilan kolagen untuk pertumbuhan otot, tulang dan tulang rawan.
  • Meningkatkan sistem imun.

 

Untuk mendapatkan kadar hemoglobin yang memuaskan, kita kena konsisten mengamalkan vitamin ini setiap hari. Ini kerana apabila kita makan vitamin secara konsiten selama 10-14hari, kadar hemoglobin akan bertambah 1g/dl setiap hari.

Tetapi, perlu diingat bahawa minuman berkafein, teh, kopi dan juga produk tenusu akan merencatkan akdar penyerapan zat besi daripada vitamin itu tadi. Oleh itu, jarakkan pengambilan minuman berkafein dan juga produk tenusu sekurang-kurangnya 2-3jam sebelum pengambilan vitamin. Pastikan juga ibu-ibu mengandung minum air masak paling kurang 3liter sehari untuk mengelakkan berlakunya masalah sembelit ketika hamil.

Pengambilan zat besi juga sangat digalakkan diambil bersama minuman yang tinggi dengan kandungan vitamin c untuk membantu kadar penyerapan yang lebih tinggi.

 

Testimoni Visual Pengguna Suplemen Shaklee

 

Jika anda masih mengalami masalah HB rendah walaupon telah mencuba pelbagai cara atau makan pelbagai jenis vitamin, anda patut cuba suplemen shaklee khas untuk ibu mengandung yang lengkap untuk sepanjang temph kehamilan anda.

Ramai ibu-ibu diluar sana yang berjaya atasi masalah HB rendah ini setelah mencuba produk ini, termasuklah diri saya sendiri. Dan kami sangat-sangat berpuas hati dengan suplemen shaklee ini.

Bagaimana untuk mendapatkan suplemen Shaklee ini?

Anda boleh mendapatkannya dari saya kerana saya merupakan salah seorang pengedar shaklee Malaysia. Pesanan anda akan dihantar melalui Pos Laju ataupun Gdex. Jika anda berada di Klang meliputi kawasan Kapar, Sg Kapar, Meru, Bandar Baru Klang, Bandar Sultan Suleiman ataupun kawasan Setia Alam, saya ada menyediakan khidmat Cash on Delivery (COD).

Kenapa memilih saya? Kerana setiap pembelian melalui saya, akan layak untuk mendapatkan khidmat konsultasi yang berterusan secara percuma disamping mendapat khidmat nasihat berkaitan penggunaan produk Shaklee.

 

Sebarang pertanyaan boleh hubungi saya

Pengedar Shaklee Terbaik Anda

Siti Nor Adilah Binti Mustahal (Dila)

Shaklee ID : 897614

Email :

siti5524@gmail.com

Call / SMS / Whatsapp :

013-2584575

FB : Siti Nor Adilah Mustahal

Bahaya HB Rendah Semasa Hamil. Apakah Cara Untuk Naikkan HB

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge