Bermula je bulan Ramadhan a.k.a bulan puasa maka akan ramailah yang mula memberi alasan untuk tidak berpuasa kerana ada gastrik. Pesakit gastrik selalunya ragu-ragu untuk menjalankan ibadah puasa pada bulan Ramadan kerana kononnya jika berpuasa akan memudaratkan lagi sakit gastrik itu.

Betul ke gastrik ni boleh di atasi?Apakah cara atasi gastrik dibulan puasa?

Jangan risau. Setiap penyakit ada ubatnya kecuali mati. Betul tak? Malahan banyak ubat dan vitamin yang dijual dipasaran untuk masalah gastrik ni. Nak dengan taknak je kita ni ikhtiar.  Sebelum bercerita lebih lanjut, mari kita baca  serba sedikit tentang penyakit gastrik ni.

 

Apa itu Gastrik?

Penyakit Gastrik atau Gastritis merujuk kepada keradangan pada lapisan dinding perut. Di dalam perut, terdapat satu lapisan mukus semulajadi yang melindungi dinding perut daripada bahan kimia berasid semulajadi yang sangat diperlukan untuk proses penghadaman makanan di dalam perut. Keradangan dinding perut berlaku apabila terdapat bahan asing yang menghakis lapisan mukus pelindung di permukaan perut.  Ia juga boleh di kenali sebagai ulser perut atau peptik pada lapisan sel yang lebih dalam (lebih teruk berbanding gastritis).

 

Tanda-tanda Anda Ada Gastrik

  • Sakit pada bahagian atas abdomen. Ia boleh reda atau semakin sakit apabila makan.
  • Perut menjadi sensitif terhadap makanan berasid (masam), pedas dan minuman beralkohol.
  • Mual/muntah
  • Hilang selera makan dan terasa sebu
  • Perut bahagian atas terasa ‘penuh’ dan senak selepas makan sedikit
  • Hilang berat badan
  • Pedih ulu hati

 

Tips Untuk Mencegah Gastrik

  • Makan mengikut waktu yang ditetapkan
  • Tidak mengambil makanan yang pedas dan bercuka
  • Elakkan minuman yang beralkohol
  • Tidak mengambil makanan ringan dan berjeruk
  • Kerap minum susu kerana susu bersifat alkali dan boleh mengurangkan keasidan dalam perut

 

Adakah Suplemen Yang Sesuai Untuk Atasi Masalah Gastrik ni?

Sudah semestinya ada. Kepada anda penghidap-penghidap gastrik, jangan risau dan gelisah untuk bertemu dengan bulan Ramadhan yang akan menjelang tak lama lagi. Pengambilan suplemen yang sesuai juga dapat membantu anda mengatasi masalah ini.

 

Antara suplemen lain yang boleh membantu anda mengurangkan komplikasi gastrik yang teruk dan memberi tenaga ketika berpuasa ialah :-

  1. BComplex – Bertindak sebagai anti-stress kepada sistem saraf. Ia juga menjadi anti-stress kepada tubuh kita dan membantu meningkatkan sistem imun tubuh selain membantu metabolisma tubuh dalam menukar makanan kepada tenaga dengan lebih teratur dan efisien.
  2. Ostematrix – Mengandungi kalsium yang dapat membantu meneutralkan asid yang telah memasuki esofagus yang menyebabkan pedih ulu hati. Kekurangan kalsium di dalam tubuh juga boleh menyumbang kepada terjadinya gastrik.
  3. Peppermint-Ginger Plus – Membantu memberi kelegaan dan rasa tidak selesa akibat masalah penghadaman dan meredakan masalah angin dalam perut.
  4. Energizing Soy Protein – protein yang membantu pesakit gastrik untuk berasa kenyang dan bertenaga lebih lama. Melegakan rasa pedih perut. Selain itu, ia sangat diperlukan untuk pemulihan luka di dalam perut dengan menggantikan tisu di dinding perut yang telah rosak akibat keradangan oleh asid.

 

Dengarkan Apa Kata Pengguna Selepas Mengambil Suplement Shaklee sebagai Ikhtiar

 

Diharap dengan sedikit perkongsian ini dapat memberi sinar dalam hidup anda yang menderita masalah gastrik, terutamanya di bulan Ramadhan yang akan datang tak lama lagi.

 

Bagaimana untuk mendapatkan suplemen Shaklee ini?

Anda boleh mendapatkannya dari saya kerana saya merupakan salah seorang pengedar shaklee Malaysia. Pesanan anda akan dihantar melalui Pos Laju ataupun Gdex. Jika anda berada di Klang meliputi kawasan Kapar, Sg Kapar, Meru, Bandar Baru Klang, Bandar Sultan Suleiman ataupun kawasan Setia Alam, saya ada menyediakan khidmat Cash on Delivery (COD).

Kenapa memilih saya? Kerana setiap pembelian melalui saya, akan layak untuk mendapatkan khidmat konsultasi yang berterusan secara percuma disamping mendapat khidmat nasihat berkaitan penggunaan produk Shaklee.

 

Sebarang pertanyaan boleh hubungi saya

Pengedar Shaklee Terbaik Anda

Siti Nor Adilah Binti Mustahal (Dila)

Shaklee ID : 897614

Email :

siti5524@gmail.com

Call / SMS / Whatsapp :

013-2584575

FB : Siti Nor Adilah Mustahal

Cara Atasi Gastrik Di bulan Puasa

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge